awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan

Bernama
Bernama
16/09/2022
21:30 MYT
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Video tular yang memaparkan kenderaan milik Exco Johor di Tongkah Pechah, Batu Pahat pada Isnin lalu. - Foto dari video tular
BATU PAHAT: Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon pada Jumaat dikenakan tindakan saman kerana memotong barisan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry itu telah dipanggil pada 3.30 petang tadi atas kesalahan tersebut.
Beliau berkata pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas.
"Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.
"Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan kepada Yang Berhormat Ling Tian Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).
Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan tindakan sebuah kereta milik exco kerajaan negeri yang menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah telah tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#Exco
#ADUN
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan