MALAYSIA
Kenderaan mewah disita tidak akan dilepas tanpa bayar cukai jalan, insurans dan kompaun - Loke
LOke berkata, tindakan menyita kenderaan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada tanpa sebarang pengecualian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan mewah yang disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans, perlu melunaskan semua bayaran termasuk kompaun sebelum kenderaan mereka boleh dilepaskan semula, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata tindakan menyita kenderaan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada tanpa sebarang pengecualian, walaupun ada pemilik yang dilaporkan sanggup membayar saman RM300 kerana jumlahnya lebih rendah berbanding cukai jalan tahunan bagi kenderaan.
"Kenderaan yang disita kerana tiada cukai jalan dan insurans hanya akan dilepaskan selepas semua bayaran dilunaskan.
"Ini termasuk cukai jalan, perlindungan insurans dan kompaun. Tidak ada jalan pintas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pandasafe oleh syarikat penghantaran makanan Foodpanda di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan itu penting bagi mendidik masyarakat agar tidak mengambil mudah tanggungjawab sebagai pemilik kenderaan, lebih-lebih lagi melibatkan aspek keselamatan jalan raya.
"Ramai yang fikir bayar saman RM300 sudah memadai. Tapi realitinya, mereka tetap perlu bayar cukai jalan dan insurans terlebih dahulu. Kenderaan mereka tidak akan dilepaskan selagi syarat itu tidak dipenuhi," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan menaikkan kadar kompaun terhadap kesalahan itu, Loke berkata kementerian sedang meneliti cadangan itu namun ia memerlukan semakan dan pindaan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.
"Kita sedang siapkan kertas cadangan untuk dibawa ke Kabinet. Kalau mahu naikkan denda atau kompaun, kita perlu pinda akta terlebih dahulu," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan tindakan menyita kenderaan dalam operasi semasa, sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan berterusan terhadap pemilik yang ingkar.
Sebelum ini, media melaporkan JPJ mempunyai senarai lebih 1,000 kenderaan mewah di Malaysia yang tidak memperbaharui cukai jalan untuk satu tempoh yang panjang.
Antara kenderaan yang dikenal pasti termasuk Ferrari, Lamborghini dan Porsche milik selebriti serta ahli perniagaan terkenal, yang didakwa menggunakan alasan kenderaan tersebut hanya digunakan pada hujung minggu.
-- BERNAMA