Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron.
Semasa mengumumkan demikian hari ini, beliau berkata pemantul cahaya itu perlu mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad.
"Pemilik kenderaan perdagangan yang gagal memasang pelekat pemantul cahaya berstandard SIRIM Berhad akan dikenakan denda RM300 dan amaran supaya berbuat demikian dalam tempoh 10 hari," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Beliau berkata langkah itu dilaksanakan berikutan banyak kemalangan pada waktu malam membabitkan kenderaan perdagangan yang sering diletakkan di tepi jalan kerana rosak.
Daripada lebih 18 juta kenderaan yang berdaftar dengan JPJ, sebanyak 1.2 juta adalah kenderaan perdagangan.
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat berhubung pemasangan pemantul cahaya pada kenderaan perdagangan yang dihadiri oleh syarikat, pengusaha dan pemilik kenderaan bersama-sama JPJ, SIRIM Berhad dan Puspakom.
Nadzri berkata ketika ini, hanya dua syarikat yang menjual produk pemantul cahaya diiktiraf SIRIM QAS International iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, dengan setiap produk dijual pada harga antara RM60 dan RM80 di Puspakom serta beberapa syarikat yang dilantik pembekal.
Menurutnya, setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu di belakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang.
Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kenderaan perdagangan mengenai kewujudan pelekat pemantul cahaya tiruan yang tanpa logo JPJ di pasaran tempatan.
"JPJ kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membanteras penjualan produk tiruan itu," katanya.
Bernama
Wed Oct 05 2016
Setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu di belakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang. - Foto Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan lain dalam Op Khas.
Jualan kenderaan melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari 2024
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari tahun ini berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
JPJ kesan penggunaan alat ganti 'recon' pada kenderaan komersial
Pemeriksaan turut mendapati ada kenderaan ini gagal sebanyak tiga kali apabila menjalani pemeriksaan di pusat berkenaan.
JPJ lakukan operasi khas besar-besaran tumpu kenderaan perdagangan minggu depan
Operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lepas sehingga mengorbankan dua nyawa.
Kereta remuk, pemandu terlanggar dapur gas di LPT1
Kedua-dua pemandu selamat bagaimanapun kereta jenis Toyota Vios dan Honda Civic yang terlibat mengalami kerosakan.
Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS
Semua kenderaan perdagangan Sabah dan WP Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat GPS.
JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Lesen E2, E1, E digabung jadi satu Kelas Lesen E mulai 1 Mac - Wee
Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kenderaan perdagangan dalam Kelas Lesen E sedia ada, iaitu E2, E1 dan E, akan digabungkan menjadi satu Kelas Lesen E sahaja berkuat kuasa mulai 1 Mac ini.
Jualan kenderaan meningkat kepada 57,912 unit pada April 2021 - MAA
Jualan rendah pada April tahun lepas disebabkan oleh pelaksanaan PKP pertama dari pertengahan Mac hingga Mei 2020 yang memberi impak kepada prestasi jualan.