Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Pengerusi Gerak Malaysia(Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi), Mohd Nazree Mohd Yunus, selesai hari ini apabila Menteri Besar Selangor itu menerima permohonan maaf Mohd Nazree di Mahkamah Tinggi di sini.
Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan Mohd Nazree itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.
Terdahulu, Mohd Nazree, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Malaysia berkata beliau memohon maaf kepada Abdul Khalid atas kenyataan yang diberikannya selaku Pengerusi Gerak Malaysia pada sidang media bertarikh 21 Jan 2009 dan 3 Feb 2009.
"Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap plaintif (Abdul Khalid) pada masa akan datang," katanya.
Di awal prosiding, peguam S.N Nair, yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak defendan (Mohd Nazree) akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.
Selain permohonan maaf, defendan yang diwakili peguam Nurul Atikah Chut Jais juga perlu menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu di dalam akhbar Sinar Harian dengan ukuran 15cm x 18cm dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman hari ini.
Abdul Khalid memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Nazree pada 24 Mac 2009 yang mendakwa Menteri Besar Selangor itu telah menggunakan wang kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya Korban tahun itu untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.
Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan juga injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa bahawa kenyataan itu menjejaskan reputasinya dari segi politik dan jawatannya di dalam kerajaan negeri tanpa defendan membuat semakan terhadap kebenaran di dalam kenyataan yang dikeluarkannya.
Mohd Nazree dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 25 Jun 2009 berkata kenyataan yang dibuatnya adalah berasas dan berdasarkan bukti yang kukuh dalam bentuk dokumen atau apa pun bentuk lain dan defendan akan membuktikan ketika perbicaraan di mahkamah nanti.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Abdul Khalid berkata beliau menerima kenyataan maaf Mohd Nazree yang sanggup mengakui kenyataan beliau terhadapnya adalah tidak benar.
Bernama
Sat Jun 01 2013
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu
Kerajaan memperkenalkan aplikasi MySejahtera bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara ini.
Utamakan keselamatan ketika perjalanan rentas negeri
Dijangkakan lebih 300,000 kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara bermula hari ini hingga Ahad.
Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu
Ini beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan.
Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman
Orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.
PKP: Aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh mula diakses hari ini
Aplikasi dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei
Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian.
Ramadan dalam PKP, normal baharu yang beri hikmah
Kali ini, keadaan jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang, kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa.
Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk'
Projek ini turut menyediakan pakaian kepada gelandangan, kanak-kanak miskin, warga tua terbiar dan pesakit mental yang terabai. Majoritinya di jalanan.