awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan jelik dan berunsur ugutan, Lokman Adam direman sehari

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/11/2020
08:00 MYT
Kenyataan jelik dan berunsur ugutan, Lokman Adam direman sehari
Lokman Adam ditahan polis ketika sedang melakukan sesi Facebook Live di sebuah restoran malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan kerana melakukan tindakan yang mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada Ahad, kira-kira jam 11 malam dan merampas gajet yang digunakan untuk memuat naik video tersebut.
"Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan dibenarkan selama satu hari, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.
BACA: Lokman Adam ditahan ketika sesi Facebook Live
Siasatan diklafisikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhimatan rangkaian.
Lokman turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan kurang sopan.
Tegas Huzir, pihaknya akan menjalankan siasatan secara profesional dan adil tanpa tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak.
Lokman ditahan polis ketika sedang melakukan sesi Facebook Live di sebuah restoran, di sini, malam tadi.
Lokman menerusi penstriman langsung bertajuk Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkan sesi tersebut.
Topic Berkaitan
#Lokman Noor Adam
#Facebook
#Bukit Aman
#Perdana Menteri
#Live FB
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan