awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepala air Jeram Air Putih: Jenazah dua beranak tiba di HSNZ untuk bedah siasat

Bernama
Bernama
03/07/2023
03:20 MYT
Kepala air Jeram Air Putih: Jenazah dua beranak tiba di HSNZ untuk bedah siasat
Jenazah dua beranak yang dibawa oleh kenderaan polis tiba di HSNZ kira-kira pukul 10 pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Jenazah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman semalam, tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk bedah siasat.
Jenazah dua beranak yang dibawa oleh kenderaan polis tiba di HSNZ kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sepupu kepada Allahyarham Azizah, Muhammad Syamsul Musa, 37, dari Kampung Seberang Takir di sini berkata dia dimaklumkan mengenai insiden itu tengah hari semalam oleh ahli keluarga mangsa.
Tragedi Kepala Air: Operasi SAR disambung 8 pagi ini
BACA: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
BACA: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Muhammad Syamsul berkata hubungannya dengan keluarga Allahyarham memang amat rapat dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Mac lepas.
"Hubungan saya dengan Allahyarham dan keluarganya memang rapat. Malah keluarganya tempat saya menumpang kasih sewaktu kecil.
"Memang terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita itu kerana Allahyarham dan semua keluarganya pergi dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSNZ di sini, hari ini.
Muhammad Syamsul berkata dia difahamkan bahawa suami Allahyarham, Karim Abdullah, 39, baru sebulan bekerja sebagai pemandu jengkaut di Air Putih, Kemaman.
Semalam, mayat dua beranak itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 12.30 tengah hari, manakala tujuh ahli keluarga mereka dan seorang individu lain masih hilang.
Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan pada 6 petang semalam akibat cuaca buruk diteruskan semula kira-kira 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi kepala air
#Kemaman
#sembilan sekeluarga
#jeram air putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan