awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan jika empat ADUN perlu kosongkan kerusi DUN Pulau Pinang pada 20 Jan

Bernama
Bernama
19/12/2022
23:00 MYT
Keputusan jika empat ADUN perlu kosongkan kerusi DUN Pulau Pinang pada 20 Jan
Empat ADUN berkenaan ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 20 Jan ini untuk memutuskan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang sah diguna pakai terhadap empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau sebaliknya.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Chetan Jethwani yang mewakili kesemua ADUN itu dan peguam Surendra Ananth yang mewakili DUN Pulau Pinang dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang.
"Setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, saya menetapkan 20 Jan ini untuk membuat keputusan. Namun kedua-dua pihak berhak untuk hubungi saya untuk buat penambahan dalam hujahan bertulis sebelum tarikh keputusan," kata beliau.
Azizan turut memerintah kedua-dua pihak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar keputusan.
Chetan dalam hujahnya berkata Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
"Dua anak guam saya dipecat daripada parti dan dua lagi masih kekal dalam parti, jadi Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak seharusnya terpakai," katanya.
Beliau berkata ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Pakatan Harapan (PH) gabungan yang diwakili oleh empat ADUN itu juga tidak berdaftar sebagai parti politik.
Namun, Surendra berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan DUN berhak menggubal undang-undang bagi menentukan kelayakan Ahlinya.
"Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Jumaat lepas, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN Pulau Pinang itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN itu daripada meluluskan usul undang-undang anti lompat parti.
Pada 2020, empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Azizan Md Arshad
#DUN Pulau Pinang
#kosongkan kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan