awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes mafia terbesar Itali diumumkan pada Isnin

Bernama
Bernama
20/11/2023
08:38 MYT
Keputusan kes mafia terbesar Itali diumumkan pada Isnin
Perbicaraan yang bermula tiga tahun lepas itu berdasarkan kenyataan daripada lebih 50 saksi utama yang telah meninggalkan 'Ndrangheta. - AP
ROM: Mahkamah pada Isnin akan membuat keputusan ke atas 300 suspek yang disyaki anggota atau penyokong organisasi jenayah 'Ndrangheta, kumpulan Mafia terbesar di Itali.
Pejabat pendakwa raya memohon hukuman penjara sehingga 30 tahun ke atas mereka.
'Ndrangheta yang berpangkalan di Calabria, adalah kumpulan penjenayah paling berkuasa di negara ini yang mempunyai hubungan di seluruh dunia.
Sebahagian besar perdagangan kokain di Eropah didakwa dikawal oleh kumpulan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perolehan global kumpulan itu dianggarkan melebihi EUR50 bilion (AS$54.5 bilion) setahun.
Perbicaraan yang bermula tiga tahun lepas itu berdasarkan kenyataan daripada lebih 50 saksi utama yang telah meninggalkan 'Ndrangheta.
Kumpulan itu dianggotai kira-kira 150 keluarga.
Pada tahun 1980-an, lebih 400 ahli kumpulan mafia Cosa Nostra dibicarakan di Sicily.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mafia
#Itali
#Ndrangheta
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan