awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes SUV terhumban di Jambatan Pulau Pinang minggu depan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/09/2021
08:59 MYT
Keputusan kes SUV terhumban di Jambatan Pulau Pinang minggu depan
Pada 2019, Vaitheswaran, 23, didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, selepas SUV dipandu Moey di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Jan, 2019. - Gambar/Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 29 September untuk memutuskan sama ada bekas pekerja salon M Vaitheswaran perlu membela diri atau tidak, bagi pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret, menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela tertuduh, K Paramanathan memberitahu mahkamah beliau hanya menerima hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan semalam, dan belum sempat membalasnya.
"Saya ingin meminta mahkamah sedikit tempoh untuk meneliti sebelum membalas hujahan bertulis tersebut," katanya kepada mahkamah hari ini.
Rakaman CCTV Jambatan Pulau Pinang bagaimana SUV terhumban ke laut
BACA: SUV terhumban dari Jambatan Pulau Pinang dijumpai
BACA: Pemandu Toyota Vios dituduh sebabkan kematian
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim.
Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan hari ini sebagai hari keputusan akhir kes pendakwaan, di mana sepanjang perbicaraan 12 saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan berhubung kes tersebut.
Pada 2019, Vaitheswaran, 23, telah didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Moey di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Jan, 2019.
Vaitheswaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.
Pada kejadian 2.54 pagi Ahad 20 Jan 2019 itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan, sehingga SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.
Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam, dan ia berjaya dikeluarkan pada Selasa petang, 22 Jan.
Mayat Moey yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada pukul 6.07 petang.
Topic Berkaitan
#SUV terhumban
#Jambatan Pulau Pinang
#mahkamah
#keputusan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan