awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan mahkamah Paris satu kemenangan buat Malaysia, sahkan kedaulatan Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
11/12/2025
08:30 MYT
Keputusan mahkamah Paris satu kemenangan buat Malaysia, sahkan kedaulatan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata Kerajaan Negeri Sabah kekal komited sepenuhnya untuk meneruskan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi menolak sebarang tuntutan yang mungkin timbul pada masa akan datang. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir membabitkan pampasan bernilai USD14.9 bilion yang sebelum ini memihak kepada penuntut yang mengaku waris Kesultanan Sulu dan menyifatkan ia sebagai penghakiman muktamad dan kemenangan besar buat Malaysia.
Beliau mengulangi pendirian tegas Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan melayan tuntutan sedemikian.
"Keputusan Mahkamah Rayuan Paris sekali lagi mengesahkan pendirian Sabah selama ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Hajiji mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Keputusan mahkamah itu, yang dikeluarkan pada Selasa lepas, memutuskan bahawa penimbang tara Gonzalo Stampa tidak mempunyai bidang kuasa selain ketiadaan perjanjian timbang tara sah yang mengikat Malaysia dengan prosiding tersebut.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah kekal komited sepenuhnya untuk meneruskan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi menolak sebarang tuntutan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha gigih mereka dalam mempertahankan kedaulatan Sabah," katanya sambil menambah usaha bersepada adalah perlu untuk menjaga keutuhan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tuntutan Sulu
#keputusan mahkamah
#Hajiji Noor
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan