KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 17 Jun ini untuk menyampaikan keputusan mengenai tindakan perundangan yang diambil oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18, iaitu langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).
Anak muda terbabit yang mewakili gerakan Undi 18 memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia selaku responden.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam mewakili kumpulan anak muda tersebut, Datuk S. Ambiga dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, serta Peguam Persekutuan Kanan Shamsul Bolhassan bagi pihak Jabatan Peguam Negara yang mewakili kesemua responden.
Terdahulu, Shamsul ketika membantah permohonan 18 belia itu, berhujah bahawa undang-undang dan peraturan tertentu perlu dipinda sebelum AVR boleh dilaksanakan.
"Pemohon menghujahkan bahawa penguatkuasaan dan pelaksanaan Seksyen 3(a) dan Seksyen 3(b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 boleh dilakukan secara berasingan. Justeru, pendaftaran individu yang layak boleh dibuat secara manual dan AVR boleh dilaksanakan kemudian," katanya.
Seksyen 3(a) adalah mengenai penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun sementara Seksyen 3(b) bagi membolehkan pendaftaran pengundi automatik untuk menggantikan sistem semasa yang mana warganegara Malaysia perlu memohon bagi didaftarkan sebagai pemilih.
Kedua-dua pindaan ini belum lagi dikuatkuasakan.
Bagaimanapun kata Shamsul, penguatkuasaan dan pelaksanaan pindaan perlembagaan itu tidak boleh dilakukan secara berasingan kerana penguatkuasaan dan pelaksanaan AVR merupakan keterbalikan permohonan pendaftaran oleh individu yang layak.
"Kami katakan bahawa pemohon tidak ada kes. Permohonan pemohon bersandarkan pada penguatkuasaan dan pelaksanaan pindaan perlembagaan yang hanya boleh dibuat menerusi pindaan-pindaan perlu terhadap peruntukan undang-undang yang berkaitan.
"Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, saya mohon agar permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman ini ditolak," katanya.
Ambiga bagaimanapun menghujahkan bahawa terdapat kira-kira 1.2 juta anak muda berusia 18 hingga 20 tahun pada Julai tahun ini yang akan terjejas akibat tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18.
Peguam itu berkata keputusan kerajaan untuk tidak menguatkuasakan serta-merta Seksyen 3(a) sebelum Julai 2021 memberikan kesan buruk kepada 18 pemohon terbabit kerana mereka tidak dapat mendaftarkan diri dalam daftar pemilih.
"Akibatnya, pemohon tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihan raya selepas 1 Julai 2021 dan sebelum September 2022, termasuk kemungkinan tidak boleh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.
Pada 2 April lepas, anak muda berusia antara 18 dan 20 tahun terbabit memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah berkaitan penangguhan pelaksanaan Undi 18 oleh responden.
Dalam permohonan itu, kumpulan anak muda terbabit memohon perisytiharan bahawa tindakan kerajaan menangguhkan penguatkuasaan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta merupakan satu bentuk penindasan pengundi.
Pemohon juga mahukan satu perisytiharan bahawa mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun mempunyai harapan yang berasas bahawa mereka akan berhak untuk mengundi pada atau sebelum Julai 2021.
Anak muda terbabit turut memohon perisytiharan bahawa keputusan responden menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 3(a) sebagai satu bentuk penindasan kepada pengundi yang berusia 18 hingga 20 tahun pada Julai 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
Pada 2 April lepas, sekumpulan anak muda memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah berkaitan penangguhan pelaksanaan Undi 18 oleh responden. - Gambar hiasan
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Tugas dan peranan saya hanya pada nama - Bekas Pengarah SRC
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengulangi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tugas dan peranannya di syarikat pelaburan strategik negara itu hanya wujud pada nama.
Mahkamah tolak rayuan Jamal Yunos berhubung saman fitnah Teresa Kok babitkan dana Yawas
Jamal Md Yunos, hari ini gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok.
Guru dipecat selepas tidak hadir ke sekolah kerana fobia air gagal dapat kebenaran merayu
Guru tersebut dipecat daripada perkhidmatan perguruan pada 9 Ogos 2019 dan semua emolumen beliau dihentikan mulai 6 Ogos tahun yang sama.
Na'imah gagal dapatkan pasport secara kekal
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hari ini gagal untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.
Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.