awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/10/2022
15:47 MYT
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP mengenai isu berkenaan akan dibawa ke mesyuarat itu nanti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP mengenai isu berkenaan akan dibawa ke mesyuarat itu nanti.
"Berkenaan dengan permintaan DAP Pulau Pinang untuk mengkaji semula keputusan untuk bubar DUN secara serentak, DAP Pulau Pinang sudah menghantar cadangan dan mohon pertimbangan (PH).
"Kita akan bawa perkara ini ke Majlis Presiden Pakatan Harapan esok (Rabu) untuk kita bincang. Keputusan akan dibuat selepas majlis mesyuarat esok, " katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang membincangkan persiapan parti menghadapi PRU15 di ibu pejabat parti itu di sini pada malam Selasa.
Jelas Loke, DAP Pulau Pinang berpendirian untuk mendengar pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenai isu pembubaran DUN.
"Ada banyak alasan, salah satunya ialah orang ramai lebih cenderung pilihan raya diadakan serentak sebab mereka, iaitu pengundi Pulau Pinang tidak mahu keluar mengundi dua kali.
"Kita faham sebab pilihan raya bukan berkenaan dengan ahli politik, sebaliknya ia melibatkan rakyat sebab mereka yang membuat keputusan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#bubar DUN
#bubar parlimen
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan