awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan permohonan empat ADUN P. Pinang pinda saman berkaitan Antilompat Parti 6 Okt

Bernama
Bernama
14/09/2022
12:02 MYT
Keputusan permohonan empat ADUN P. Pinang pinda saman berkaitan Antilompat Parti 6 Okt
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Okt untuk keputusan sama ada membenarkan permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meminda saman pemula (OS) mereka bagi menghalang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang daripada meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi mereka.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut.
"Keputusan itu akan disampaikan melalui e-mel kepada kedua-dua pihak pada 6 Okt, dengan e-semakan untuk arahan lanjut berkaitan OS, memandangkan kedua-dua peguam berpejabat di Kuala Lumpur," katanya.
Semasa prosiding, peguam Datuk D. P. Naban, yang mewakili ADUN tersebut berkata permohonan itu difailkan atas alasan undang-undang antilompat parti negeri itu tidak mengikut perlembagaan.
"Ia melanggar kebebasan bersuara mereka kerana jika mereka bersuara secara berbeza, mereka mungkin dipecat daripada parti mereka dan terpaksa mengosongkan kerusi di bawah Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, peguam Surendra Ananth, yang mewakili defendan (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang) memberitahu mahkamah bahawa jika pindaan OS itu dibenarkan, ia akan melambatkan lagi kes dan pendengaran OS.
Beliau berkata permohonan itu sebagai taktik untuk melengahkan kes.
Pada 2020, empat ADUN - Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) - memfailkan OS terhadap kedua-dua defendan itu untuk mencabar perlembagaan Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, dan menghalang empat kerusi berkenaan daripada diisytiharkan kosong, menurut Perkara 14A(1).
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Pada 12 April lepas, Azizan membenarkan permohonan defendan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan keperlembagaan undang-undang antilompat parti negeri itu.
DUN Pulau Pinang dan speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Ogos memutuskan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#empat ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#saman pemula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan