awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan petisyen Nik Elin beri impak besar terhadap kuasa Sultan, Raja Negeri - PPMM

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2024
07:45 MYT
Keputusan petisyen Nik Elin beri impak besar terhadap kuasa Sultan, Raja Negeri - PPMM
Muhamad Hisham berkata, ia khususnya cabaran yang dikemukakan iaitu penafsiran punca kuasa di dalam membuat undang-undang jenayah di Malaysia. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung petisyen yang difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah memberi impak besar kepada kuasa negeri di bawah sultan atau raja.
Presiden Persatuan Peguam- Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, ia khususnya cabaran yang dikemukakan iaitu penafsiran punca kuasa di dalam membuat undang-undang jenayah di Malaysia.
"PPMM menegaskan bahawa daripada keputusan kes ini ia jelas menunjukkan bahawa telah memberi impak besar kepada kuasa negeri di bawah sultan atau raja," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, pihak kerajaan melalui cabang legislatif digesa untuk melakukan tindakan segera di dalam membuat sebarang pindaan-pindaan yang wajar.
"Ini bagi memastikan undang-undang kuasa negeri dapat dikekal atau ditambah baik dalam hal ehwal agama Islam untuk mengelakkan kelompongan di dalam bidang kuasa sedia ada," ujarnya.
Jelas Muhamad Hisham, tindakan yang lebih efektif perlu dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam di dalam memberikan syor yang terbaik kepada kerajaan agar pertindihan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal islam dapat diselesaikan.
"Syor-syor ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada umat islam di dalam mengamalkan ajaran islam dan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus menutup ruang cabaran undang-undang seperti ini pada masa akan datang," katanya.
Beliau yakin pelbagai usaha yang jitu perlu dilakukan oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam memastikan kuasa negeri khusus berkenaan hal ehwal agama islam dapat dipelihara.
"Usaha tersebut dapat dilaksanakan melalui kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan demi mengarusperdanakan syariah," katanya.
Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat, mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempatisyen bagi mencabar 18 peruntukkan enakmen tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Enakmen Syariah Kelantan
#ppmm
#Nik Elin Zurina
#kuasa sultan dan raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan