Pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Besut dijangka akan diumumkan seawal jam 10 malam pada malam 24 Julai nanti.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata cadangan tersebut dilakukan kerana mengambil kira pada waktu itu penduduk Kuala Besut telah pun selesai menunaikan kewajipan mereka di masjid.
“Disebabkan sekarang ini adalah bulan puasa dan pada waktu malamnya, pemimpin parti politik dan penyokong akan pergi ke masjid untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih, kita bercadang untuk umumkan keputusan pilihan raya ini pada jam 10 malam. Ini juga memberi peluang kepada mereka untuk datang ke dewan untuk mendengar pengumuman keputusan pilihan raya. Ini juga untuk bulan Ramadan dan juga mereka yang bersolat Terawih,” kata Wan Ahmad.
Walaupun keputusan pengiraan undi dari 36 saluran peti undi dijangka akan sampai dan selesai sekitar jam 9 malam, SPR akan tetap mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya kecil tersebut pada jam 10 malam.
Beliau turut menjangkakan bahawa lebih 75 peratus penduduk Kuala Besut akan keluar mengundi pada hari tersebut.
“Walaupun proses pengundian dilakukan pada ‘weekdays’ dan hari bekerja, kita jangka ianya tidak memberi masalah kepada mereka yang bekerja seperti di Kuala Terengganu untuk pulang dan membuang undi pada hari pengundian nanti,” kata Wan Ahmad.
Sementara itu, beliau mengulas, dalam PRK kali ini, setiap saluran mengundi akan dilengkapi dengan botol-botol dakwat kekal dari SPR.
“Setiap saluran pusat mengundi akan dibekalkan dengan dua botol dan di sini terdapat 37 saluran dan kosnya juga tidak mahal,” katanya lagi.
Beliau menambah, susulan ‘post-mortem’ yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU), SPR telah mendengar banyak maklum balas dari pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dari seluruh negara dan SPR akan memikirkan apakah perkara-perkara yang terbaik yang dapat disyorkan kepada parlimen termasuk yang melibatkan penggunaan dakwat kekal.
“Kita dah beri keyakinan bahawa daftar pemilih SPR ini bersih dan sememangnya tiada kemungkinan untuk seseorang itu mengundi dua kali. Walaupun, terdapat pertikaian dalam dakwat kekal yang menyatakan bahawa ianya senang dibasuh namun orang yang mendakwa tersebut tidak pula berani mencuba-cuba untuk mengundi kali kedua kerana mereka tahu ianya adalah mustahil untuk mengundi sebanyak dua kali kerana nama telah pun dipotong ketika membuat pengundian pertama,” katanya lagi.
Aizat Sharif
Sat Jul 20 2013
Wan Ahmad menunjukkan kesan dakwat kekal kepada wartawan
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
Musim tengkujuh: Nelayan rayu dibenar tangkap udang di pesisir pantai
Musim udang yang tiba menjelang Disember hingga Mac itu dilihat dapat memberi kelegaan untuk mereka menambah hasil pendapatan.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup
Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan PKPD.
Kawasan berdekatan pantai di Terengganu terjejas fenomena air laut pasang besar
Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.
Penduduk kampung gempar buaya muncul di pantai Kuala Besut
Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.
Remaja perempuan lemas di air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
12 pemancing berjaya diselamatkan selepas 48 jam tersadai di tengah laut
Bot dari Kuala Besut itu dikatakan telah keluar ke laut untuk memancing sejak tiga hari lalu sebelum mengalami kerosakan pada bahagian kipas.
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.