awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rasmi pemilihan UMNO dijangka mula diumum 10 malam

Bernama
Bernama
19/10/2013
05:51 MYT
Keputusan rasmi pemilihan UMNO dijangka mula diumum 10 malam
Keputusan rasmi pemilihan peringkat Majlis Tertinggi UMNO termasuk jawatan naib presiden dijangka mula diumum pukul 10 malam ini, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata keputusan itu akan diumum secara berterusan seperti pengumuman pemilihan sayap parti itu pada 12 Okt lepas.
"Mungkin ada yang boleh dapat awal (keputusan) bergantung kepada saiz (anggota) bahagian...kalau ikutkan perwakilan melebihi 1,000 atau 2,000 orang seperti Kinabatangan, Semporna dan Baling keputusan (bagi bahagian itu) paling awal pukul 1 pagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Masjid Tanah di sini hari ini.
Pada pemilihan itu Ab Rauf bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah menentang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi di 191 bahagian diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu bagi pemilihan kali ini berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan saf kepimpinan pusat semasa perhimpunan agung UMNO di ibu negara.
Ab Rauf berkata hanya ibu pejabat UMNO dan jawatankuasa pemilihan mempunyai kuasa untuk mengumumkan keputusan rasmi pemilihan itu.
"Saya amat menghargai usaha media mendapatkan keputusan awal tetapi saya ingatkan hanya ibu pejabat UMNO dan jawatankuasa pemilihan sahaja yang akan mengeluarkan keputusan dan keputusan itu dianggap rasmi serta muktamad," katanya.
Beliau berkata proses pemilihan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari ini berjalan lancar.
Mengenai kekecohan di bahagian Kalabakan dan Kinabatangan di Sabah, Ab Rauf berkata beliau belum menerima laporan mengenai perkara itu.
Beliau turut mengingatkan semua perwakilan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara tidak diigini berlaku pada mesyuarat dan pemilihan UMNO ini.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Pemilihan UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan