awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2023
08:57 MYT
Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, memerintahkan Amelia (tengah) membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong memutuskan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada peguam, Mansheel Kaur yang mewakili Amelia selaku perayu dan peguam, Ashmadi Othman bagi pihak produksi (responden).
“Saya akan memberi keputusan Jumaat ini, jika ada menyelesaikan secara baik, sila maklum pada tarikh itu,” kata Pesuruhjaya Kehakiman ini dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Zoom.
Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada penerbit filem dan drama, Datuk A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A Aida bersama sutradara drama, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
Bagaimanapun, saman terhadap Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman terbabit.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Ia membabitkan bayaran pertama RM3,920; ganti rugi am fitnah RM90,000 dan kos penggambaran drama itu sebanyak RM101,325 selain kos RM18,000 (guaman plaintif).
Mahkamah turut memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat terbabit.
Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.
Pada 18 April lepas, Amelia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen ini. Pada 2 Ogos lalu, mahkamah membenarkan permohonan Amelia untuk menangguhkan permohonan maaf kepada A Aida.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amelia Henderson
#langgar kontrak
#A Aida
#keputusan rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan