awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Jun Hao sedia sahut cabaran sebagai pemain perseorangan utama negara
MALAYSIA
JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun
DUNIA
10 teknologi baharu 2025 bakal ubah masa depan bandar, kesihatan dan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok

Bernama
Bernama
24/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok
Pada 9 Nov 2023, Syed Saddiq failkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan diketahui esok.

Ringkasan AI
  • Keputusan Rayuan Diumum Esok - Mahkamah Rayuan akan umum keputusan rayuan Syed Saddiq esok terhadap sabitan dan hukuman penjara, sebatan serta denda berkaitan kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.
  • Empat Pertuduhan Jenayah - Syed Saddiq didakwa atas empat pertuduhan termasuk bersubahat melakukan pecah amanah RM1 juta, salah guna wang RM120,000 dan memindahkan wang hasil aktiviti haram sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi.
  • Hukuman Berat Jika Sabit Kesalahan - Jika disabitkan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda besar mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Keputusan dijangka diumumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin pada 9 pagi.
Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq selaku perayu serta Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan selesai berhujah di hadapan panel tiga hakim berkenaan pada 17 April lepas.
Pada 9 Nov 2023, Syed Saddiq memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Syed Saddiq, 32, didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Perbuatan terbabit didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020 dengan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Bagi kesalahan itu, hukuman diperuntukkan mengikut Seksyen 4(1) akta sama, iaitu penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#pengubahan wang haram
#pecah amanah
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami