Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2013 dikeluarkan esok, manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 Khamis ini.
Bagi keputusan STPM, semua calon boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, seramai 55,214 calon STPM tahun lepas dilaporkan telah hadir menduduki peperiksaan di 773 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888, katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Selain itu, calon juga boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada hari sama untuk semakan keputusan peperiksaan.
Menurut Khawari, persidangan akhbar mengenai analisis keputusan STPM 2013 akan diadakan setengah jam sebelum keputusan diedarkan kepada calon pada hari sama di Auditorium, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Sementara bagi calon SPM, mereka boleh mendapatkan keputusan pada Khamis ini bermula 10 pagi di sekolah masing-masing.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Semakan keputusan SPM juga boleh dibuat melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM dan hantar ke 15888. Perkhidmatan disediakan KPM itu diaktifkan mulai 10 pagi Khamis dan ditamatkan pada 11.59 malam 26 Mac.
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2013 akan diadakan 9 pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Parcel E, Putrajaya.
Bernama
Tue Mar 18 2014
-- Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Keputusan SVM, PASM esok - Lembaga Peperiksaan
Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan dikeluarkan esok (4 Julai).
137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.
Keputusan STAM diumum Khamis depan
KPM menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun ini
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan dengan hadir di sekolah masing-masing, secara dalam talian atau melalui SMS.
Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti
Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata akan bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.
Keputusan UPSR dijangka diumumkan pada 26 Nov
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dijangka diumumkan pada 26 Nov depan.