Keputusan sama ada untuk meneruskan atau memansuhkan Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata pemberian inisiatif itu melibatkan dana negara yang besar dan seperti sedia maklum negara kini mempunyai defisit yang 'membengkak'.
"(Perkara) Ini saya akan bincang dengan Menteri Kewangan dahulu... kita nak kena lihat semula pelaksanaannya kerana ini janji kerajaan dahulu," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan di Dewan 2020, di sini, hari ini.
Sebelum ini Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa ADAM50 akan diteruskan mengikut perancangan asal.
Pengerusi Kumpulan Tan Sri Abdul Wahid Omar baru-baru ini dilaporkan berkata inisiatif itu akan dilaksanakan seperti dirancang mengikut tempoh iaitu untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir, melalui pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Unit insentif percuma itu akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera selepas proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Ejen ASNB.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya memandang serius isu pembuangan bayi termasuk kes melibatkan wanita dan kanak-kanak warganegara asing.
"Kes pembuangan bayi perlu mendapat simpati umum dan sokongan yang terbaik perlu diberikan demi memelihara kebajikan wanita dan kanak-kanak berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 26 2018
DR WAN AZIZAH: Keputusan sama ada untuk meneruskan atau memansuhkan Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. -Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat - Ketua Pembangkang
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat dan dinafikan hak walaupun sudah dijanjikan atau pernah diberi sebelum ini.
ADAM50 dihentikan akhir tahun - Zeti
ADAM50 yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun.
Keputusan teruskan ADAM50 ditentukan Kementerian Kewangan - TPM
Beliau berkata pemberian inisiatif itu melibatkan dana negara yang besar dan seperti sedia maklum negara kini mempunyai defisit yang 'membengkak'.
Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan bahawa, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dan projek pembinaan Menara PNB 118 bakal diteruskan mengikut perancangan asal.
ADAM50 membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Wahid Omar insentif ADAM50 itu akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050.
Kadar kelahiran tinggi seiring kematangan ekonomi - PM Najib
Perdana Menteri berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran lebih tinggi dalam kalangan rakyat malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
ADAM50: Buat tabungan awal secara konsisten - Wahid Omar
Pelaburan yang dibuat menerusi ADAM50 ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk menabung dan merancang masa depan anak mereka.
Lapan bayi penerima pertama ADAM50 di Kuala Lumpur
Mereka adalah antara kumpulan bayi terawal yang Menerima Insentif Khas Amanah dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bermula tahun ini.