awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan tidak kurnia pangkat kehormat tepat - Veteran

Bernama
Bernama
21/04/2019
20:45 MYT
Keputusan tidak kurnia pangkat kehormat tepat - Veteran
Mohamad berkata langkah menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu. - Gambar fail/Padu Photo Agency
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan amalan mengurniakan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti sebagai tepat.
Presidennya Ismail Abidin berkata langkah itu dapat mencegah salah guna kuasa dan kedudukan yang boleh menjejaskan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau bercakap kepada Bernama sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dua hari lepas mengenai keputusan Kementerian Pertahanan menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada golongan itu.
Mohamad berkata langkah yang diambil itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang ATM.
Menurut Ismail ahli politik atau selebriti yang berminat memakai pangkat atau pakaian tentera harus bersedia menjalani latihan ketenteraan seperti menyertai Askar Wataniah bagi merasai disiplin ketenteraan yang perlu dipraktikkan setelah memakai pangkat dan pakaian tentera.
PVATTBM juga mahu kerajaan menarik balik pemberian anugerah yang telah diberikan kepada ahli politik atau selebriti sehingga mereka menyempurnakan kursus yang diperlukan dalam ATM, tambahnya.
Topic Berkaitan
#ahli politik
#Angkatan Tentera Malaysia
#Ismail Abidin
#kerajaan
#Melayu
#Mohamad Sabu
#pangkat kehormat
#politik
#selebriti
#seragam tentera
#tentera
#veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan