awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan undi belah bahagian KPDNKK sah - Pandikar Amin

Bernama
Bernama
27/11/2017
14:20 MYT
Keputusan undi belah bahagian KPDNKK sah - Pandikar Amin
Pandikar Amin berkata beliau juga telah meneliti dan mengambil kira beberapa perkara semasa undian belah bahagian dijalankan pada pada Isnin, 20 Nov lalu. - Gambar fail
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) untuk menyemak semula keputusan undi belah bahagian dalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang diadakan pada Isnin minggu lepas.
Pandikar berkata keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati proses undi yang dilakukan adalah mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan yang diperoleh adalah sah.
Katanya semakan dan pertimbangan telah dibuat setelah menerima surat aduan Gobind yang bertarikh 22 Nov dan beliau mendapati dakwaan Gobind bahawa jumlah undi yang diterima oleh blok pembangkang sebanyak 52 undi adalah tidak tepat.
Katanya semakan yang beliau lakukan mendapati G. Manivannan (PKR-Kapar) yang merupakan pencadang kepada undian tersebut dan juga pengira undi bagi blok pembangkang telah gagal menghitung undi Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) .
Ini menyebabkan blok pembangkang hanya memperoleh 51 undi berbanding blok penyokong kerajaan yang mendapat 52 undi, katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pandikar berkata beliau juga telah meneliti dan mengambil kira beberapa perkara semasa undian belah bahagian dijalankan termasuk ketika itu adalah waktu solat Isyak untuk umat Islam, selain ia juga waktu malam dan semua anggota Dewan telah kepenatan setelah berbahas sepanjang hari.
BACA: Undi belah bahagi: Tindakan diambil terhadap wakil BN gagal hadir
Katanya, Timbalan Speaker yang mempengerusikan sesi itu turut menggunakan budi bicara untuk membenarkan atau tidak suatu cadangan undi belah bahagian diadakan.
"Kesimpulannya, saya memutuskan bahawa belah bahagian yang diadakan pada Isnin, 20 Nov adalah teratur, mengikut Peraturan Mesyuarat 46 dan 47.
"Justeru, saya tidak membenarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 oleh Yang Berhormat Puchong dimasukkan peraturan urusan mesyuarat," katanya.
Pandikar turut menolak usul Gobind untuk merujuk Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah pergi ke meja Setiausaha Dewan Rakyat semasa undi dikira.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#g manivannan
#Gobind Singh Deo
#Hamzah Zainuddin
#Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
#KPDNKK
#Pandikar Amin Mulia
#pembangkang
#penyokong kerajaan
#Peraturan Mesyuarat
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2018
#sah
#undi belah bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan