awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keracunan metanol di Perak kes pertama negara tahun ini

Bernama
Bernama
07/05/2019
07:02 MYT
Keracunan metanol di Perak kes pertama negara tahun ini
DZULKEFLY: Kes keracunan metanol yang mengakibatkan kematian berlaku setiap tahun, dengan 40 kematian direkodkan pada tahun lepas.
Kes keracunan metanol di Perak yang mencatatkan tiga kematian baru-baru ini adalah kes pertama yang dicatatkan negara untuk tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kes keracunan metanol yang mengakibatkan kematian berlaku setiap tahun, dengan 40 kematian direkodkan pada tahun lepas.
"Kes ini sentiasa berlaku dari semasa ke semasa kerana permintaan ke atas minuman alkohol murah sentiasa ada," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Mengenai kes keracunan metanol di Perak, beliau berkata Kementerian Kesihatan menerima 10 notifikasi kes yang melibatkan enam warga Malaysia termasuk dua Orang Asli manakala empat lagi adalah warga asing.
Tiga daripada 10 notifikasi kes itu mencatatkan kematian melibatkan dua warga asing dan seorang warga tempatan, katanya.
Pecahan kes mengikut daerah ialah lima kes di Kinta, Perak Tengah (dua), Kuala Kangsar (dua) serta Larut Matang dan Selama masing-masing satu kes, katanya.
Ditanya sekiranya kementerian merancang untuk mengurangkan harga pelekat nikotin atau membuat apa-apa produk dengan harga istimewa di klinik-klinik kerajaan bagi membantu seseorang itu berhenti merokok, Dr Dzulkefly berkata beliau sedang meneliti perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alkohol
#Dr Dzulkefly Ahmad
#kematian
#keracunan metanol
#kesihatan
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan