KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan usul bagi meningkatkan dana COVID-19 dalam sidang Dewan Rakyat dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, dana tambahan tersebut akan digunakan untuk membantu perniagaan dan isi rumah yang masih terjejas akibat pandemik.
“Parlimen dalam sidang sebelum ini meluluskan dana COVID-19 hingga RM65 bilion jadi kita, Kabinet akan membentangkan kepada Parlimen untuk meningkatkannya menjadi RM110 billion yang meningkat RM45 bilion untuk satu setengah tahun berikutnya.
“Jadi ini juga bermaksud bahawa kita merancang untuk pergi ke Parlimen untuk meningkatkan had hutang statutori kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara daripada 60 peratus menjadi 65 peratus yang akan dibentangkan bersama dana COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual stesen televisyen antarabangsa, CNBC pada Selasa.
Sejak bermula pandemik, Malaysia telah melancarkan pelbagai bentuk rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion.
Malaysia pada tahun lepas juga menaikkan had hutang dari 55 peratus kepada 60 peratus daripada KDNK disebabkan oleh wabak tersebut.
Kerajaan juga menaikkan unjuran defisit fiskal 2021 daripada 5.4 peratus dari KDNK menjadi antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus.
Dalam pada itu, beliau yang dijadual membentangkan Bajet 2022 pada hujung Oktober, yakin Malaysia tidak terdedah kepada penurunan penilaian kredit.
“Apa yang penting adalah prospek pertumbuhan Malaysia dan komitmen - dalam jangka pendek hingga jangka panjang - terhadap penggabungan fiskal, di mana kami tetap komited dengannya,” ujarnya.
Tambah beliau, kadar vaksinasi di Malaysia yang tinggi juga akan membolehkan negara membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Astro Awani
Tue Sep 14 2021
Menurut Tengku Zafrul, kadar vaksinasi di Malaysia yang tinggi juga akan membolehkan negara membuka lebih banyak sektor ekonomi. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.