KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi fokus untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV) yang merupakan subsektor berimpak tinggi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.
"Sektor EV ini adalah sektor baharu. Kita akan ada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) dalam masa terdekat," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai pemilikan EV yang di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia serta usaha mempromosikan penggunaan EV.
Terdahulu, Liew berkata NIMP 2030 disasar untuk memberi impak yang tinggi kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya bagi sektor pembuatan.
Tambahnya, melalui NIMP 2030, nilai tambah sektor pembuatan dijangka meningkat kepada RM587.5 bilion pada tahun 2030, berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.5 peratus termasuk sumbangan subsektor berimpak tinggi daripada elektrik dan elektronik, kimia dan EV.
Selain itu, program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) EV akan bermula pada awal tahun 2024.
Menurutnya, pembangunan bakat teknologi EV telah menjadi satu fokus kerajaan, yang mana Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan telah diminta memberi perhatian pada ketersediaan pusat pengajian tinggi dalam melahirkan bakat EV.
"Susulan itu, Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik sebagai ahli Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) bagi menyelaras kepakaran penyelidikan dan pembangunan bakat berkaitan teknologi EV dalam kalangan universiti-universiti tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Liew berkata Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Badan Peneraju Industri atau Industry Lead Body telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan berkaitan EV untuk kegunaan bidang TVET.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini. - Gambar fail/BERNAMA

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.