SERDANG: Kerajaan akan membincangkan cadangan untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ia susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.
"Kita akan bincang dan kalau rasa kita boleh benarkan eskport, dan dari segi bekalan dalam negara tidak berkurangan kerana eksport itu, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk semak semula (larangan eksport),” katanya di sini hari ini.
"Ini sedang dibincangkan dan akan dibentangkan (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) Datuk Seri (Dr) Ronald (Kiandee) secara terperinci, berapakah jumlah pengeluaran ayam untuk bulan depan. Adakah akan memberi kesan kalau kita lepaskan (benarkan) eksport.
"Kita takut nanti buka eksport 3.6 juta ekor sebulan, kalau kita buka (eksport), takut terkesan pula dari segi bekalan dalam negara. Bila bekalan kurang, harga mesti naik kerana permintaan melebihi penawaran. Sebab itu saya minta MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) tengok secara terperinci dari segi unjuran pengeluaran ayam untuk bulan depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancomgan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melihat kepentingan semua pihak supaya sebarang keputusan yang diambil mengenai eksport ayam, tidak akan memberi kesan kepada rakyat, dan menurutnya beliau percaya unjuran pengeluaran ayam itu akan dapat dibentangkan oleh MAFI minggu depan.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau turut mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan barangan yang telah turun harga serta barangan yang masih belum turun harga.
"Ini bertujuan membolehkan kerajaan memberi fokus untuk usaha menurunkan harga barang bagi menjamin keselesaan rakyat," katanya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai isu kebocoran data peribadi yang didedah syarikat penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian iPay88 Sdn Bhd, Ismail Sabri berkata, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
"Ini kerana terdapat beberapa cadangan suruh buat RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan macam-macam. Kita akan bawa ke Kabinet kerana perkara itu perkara besar," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni pengunjung cilik yang hadir ketika sesi lawatan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Eksport ayam hidup pedaging dibenarkan semula secara berfasa bermula esok
Kerajaan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa mulai esok.
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.
Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Eksport ayam: Kerajaan perlukan satu atau dua bulan lagi sebelum buat keputusan - PM
Kerajaan memerlukan masa satu atau dua bulan lagi sebelum membuat keputusan untuk menarik balik sekatan eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.
Harga siling ayam, kebenaran eksport akan diteliti - Annuar Musa
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan meneliti untuk menetapkan harga siling ayam dan mengkaji semula untuk membenarkan produk tersebut dieksport.
Kerajaan akan bincang cadangan eksport semula ayam: PM
Perbincangan akan dibuat susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.
Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam - Nanta
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam.
Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.
Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.