awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah

Bernama
Bernama
15/10/2024
13:00 MYT
Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Hanifah berkata pada masa ini, kerajaan menggunakan PADU untuk proses validasi permohonan sedia ada dan mengenal pasti peserta baharu bagi program IPR. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggunakan data dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula 2026 hingga 2030.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata pada masa ini, kerajaan menggunakan PADU untuk proses validasi permohonan sedia ada dan mengenal pasti peserta baharu bagi program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
"Kerajaan telah menggunakan data PADU bagi tujuan pengiraan perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) dan pendapatan boleh guna bersih (NDI) untuk menambah baik pembentukan dasar dan program sosioekonomi serta meminimumkan 'inclusion and exclusion error'.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber," katanya menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai pelaksanaan PADU pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hanifah berkata pelaksanaan PADU kini berada di peringkat akhir Fasa 2 yang melibatkan integrasi data yang lebih terkini, analisis bagi penentuan kumpulan sasar dan pembentukan kes penggunaan.
"Pembukaan semula sistem PADU di bawah Fasa 2 ini bagi rakyat kemas kini maklumat masih lagi dalam peringkat perancangan. Ia bergantung kepada kes penggunaan dan mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan," katanya.
Pada April, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PADU
#RMK13
#sosioekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan