awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan kaji keperluan laksana 'kedutaan data' - Fahmi

Bernama
Bernama
22/11/2023
07:13 MYT
Kerajaan akan kaji keperluan laksana 'kedutaan data' - Fahmi
Fahmi (kiri) ketika sidang media selepas Majlis Perasmian “Digital Transformation Leaders' СхО Summit” hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti serta mengkaji keperluan melaksanakan konsep 'kedutaan data' (data embassy) iaitu pusat pemprosesan data yang diusahakan syarikat dari negara tertentu di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu antara yang dibangkitkan dalam perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google dan Microsoft di San Francisco, Amerika Syarikat, beberapa hari lepas.
"Kita mulakan kajian kerana ada beberapa pihak industri berkaitan memberi pandangan mengenai konsep data sovereignty atau kedaulatan data.
"Apatah lagi dengan Malaysia menjadi destinasi idaman sebagai pusat pemprosesan data," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas menghadiri Digital Transformation Leader's CxO Summit: Intellogent Digital Transformation in the 5G Era, di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Fahmi berkata konsep kedutaan data ini adalah data berkaitan sesebuah syarikat dari negara tertentu dikawal selia oleh kedutaan mereka, namun perkara itu baru dibangkitkan pihak industri dan belum ada sebarang keputusan dasar daripada kerajaan.
Fahmi berkata ini kerana kajian menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengambil kira kedaulatan undang-undang negara ini dan keselamatan data terutamanya bagi rakyat Malaysia.
"Ia adalah satu konsep menarik, tetapi perlu kita imbangkan dengan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber yang sedang digubal pada waktu ini serta pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi dan Akta Omnibus Perlindungan Data yang akan dibawa ke Parlimen, insya-Allah pada suku pertama tahun depan," katanya.
Mengenai perkembangan perjanjian langganan saham (SSA) antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO), Fahmi berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican hari ini.
"Dalam mesyuarat ini, kita akan putuskan beberapa perkara (berkaitan SSA) termasuk tarikh untuk majlis menandatangani SSA ini dalam tempoh terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Teo Nie Ching
#kedutaan data
#pusat pemprosesan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan