awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan lancar semula WKB 2030

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/07/2020
09:00 MYT
Kerajaan akan lancar semula WKB 2030
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pelancaran semula wawasan itu amat penting memandangkan jurang pendapatan antara satu daerah dan negeri dilihat ketara. - Gambar BERNAMA
Kerajaan akan melancarkan semula Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dalam tempoh terdekat, tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pelancaran semula wawasan itu amat penting memandangkan jurang pendapatan antara satu daerah dan negeri dilihat ketara serta memerlukan kerja keras untuk merapatkan kembali jurang tersebut.
“Insya-Allah dalam masa terdekat kita SEPADU (Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama) dipertanggungjawabkan melancarkan semula WKB 2030.
“Ini amat penting sebab kalau kita lihat jurang pendapatan antara satu sama lain antara daerah dan negeri, kita kena bekerja keras merapatkan,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Sesi Libat Urus antara SEPADU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Koperasi Negeri Kelantan, di sini.
Sekiranya perlu, jelas beliau pihaknya akan memperbaiki dasar-dasar yang telah diwujudkan sebelum ini bagi mencapai wawasan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) amat membimbangkan, dan perlu diberi perhatian yang serius.
Beliau menambah bekas Perdana Menteri dahulu tidak menggerakkan wawasan tersebut dengan begitu cepat sehingga masyarakat tidak diberikan pendedahan
Mengakui ianya kelemahan awal dalam penerangan WKB 2030, katanya kerajaan perlu membaiki semula wawasan tersebut supaya rakyat memahami hala tuju kerajaan dari sudut pembangunan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#menteri
#Perdana Menteri
#SEPADU
#Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
#WKB 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan