awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
01/06/2023
03:25 MYT
Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja ke Jambatan Bagan Datuk yang dibuka hari ini. - Foto Astro AWANI
BAGAN DATUK: Kerajaan berhasrat menamakan jambatan baharu yang menghubungkan Daerah Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop di Pasir Salak, sempena nama Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan disembah maklum kepada baginda dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.
“Saya ingin mencadangkan jambatan itu dinamakan sebagai Jambatan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan saya mohon agar Tuanku perkenan nama itu.
“Dan (mohon juga baginda akan memperkenankan) tarikh perasmiannya sempena dengan Hari Keputeraan baginda (pada November) tahun ini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke Jambatan Bagan Datuk yang dibuka hari ini.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Jambatan yang menghubungkan antara Bagan Datuk dan Sejagop dibina merentasi Sungai Perak sepanjang 1.5 kilometer (km) dengan reka bentuknya mengambil kira ruang utiliti seperti paip air Lembaga Air Perak bagi bekalan air ke Bagan Datuk.
Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Sitiawan perlu melalui Jalan Hutan Melintang untuk ke Bagan Datuk, mengambil masa lebih satu jam perjalanan dengan jarak melebihi 50km.
Namun, dengan pembinaan jambatan baharu itu, ia dapat memendekkan perjalanan hingga ke 15 minit dengan jarak 10.5km.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Pada majlis sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan laluan baharu bas henti-henti Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menghubungkan Bagan Datuk ke Teluk Intan dan Kampung Gajah.
Laluan baharu yang memulakan operasi pada 12 April lalu itu memberi manfaat kepada lebih 151,539 komuniti setempat termasuk 11 institusi pengajian, lima klinik kesihatan, Felcra, estet, hospital dan balai polis.
Inisiatif yang digerakkan bagi memperkasa sistem pengangkutan awam itu antara lain membantu masyarakat setempat dengan menghubungkan kawasan luar bandar dan bandar.
Topic Berkaitan
#jambatan bagan datuk
#Zahid Hamidi
#Sultan Nazrin Shah
#Pasir Salak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan