awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan sentiasa pertahan institusi kehakiman syariah - Menteri Agama

Bernama
Bernama
07/08/2023
08:57 MYT
Kerajaan akan sentiasa pertahan institusi kehakiman syariah - Menteri Agama
Katanya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri, termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.
Katanya Jabatan itu juga telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah, yang telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
"Justeru, penting untuk umat Islam di Malaysia mengetahui bahawa, menjadi keutamaan saya sejak dari dahulu ketika menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), untuk meletakkan kehakiman syariah di tempat yang tinggi dan terhormat.
"Apatah lagi kini saya selaku Menteri Hal Ehwal Agama, tentulah ia terus menjadi agenda utama dalam pentadbiran saya," katanya menerusi kenyataan mengenai kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata sebarang komentar mengenai kes berkenaan, diklasifikasikan sebagai sub-judice kerana ia masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Beliau juga menyeru semua pihak, khususnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam, untuk terlibat sama ada sebagai pencelah, peguam pemerhati atau sahabat mahkamah pada prosiding kes itu.
"Usaha bagi memartabatkan undang-undang syariah, merupakan tanggungjawab bersama semua pihak," katanya.
Mohd Na'im berkata Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah, bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran Rukun Islam di bawah peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.
Menurut kenyataan JKSM minggu lepas, kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan melibatkan cabaran kepada kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal peruntukan undang-undang syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#Menteri Hal Ehwal Agama
#Mohd Na'im Mokhtar
#institusi kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan