awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan terus perkasakan golongan petani dan nelayan - Salahuddin

Bernama
Bernama
13/07/2018
00:40 MYT
Kerajaan akan terus perkasakan golongan petani dan nelayan - Salahuddin
SALAHUDDIN: Kita akan meneruskan bantuan kepada mereka, namun insentif-insetif perlu diperkukuhkan dan diperkayakan dengan latihan supaya mereka berbuah. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan akan meneruskan usaha memperkasakan golongan petani dan nelayan kecil agar mereka tidak bergantung semata-mata kepada subsidi dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata sudah tibanya bagi kerajaan memberikan "Joran" dan bukannya "Ikan" kepada golongan ini supaya mereka dapat mengubah kehidupan mereka keluar dari garis kemiskinan.
"Kita akan meneruskan bantuan kepada mereka, namun insentif-insetif perlu diperkukuhkan dan diperkayakan dengan latihan supaya mereka berbuah.
"Dengan berbekalkan latihan dan bantuan mereka tidak perlu lagi memberi fokus kepada satu pekerjaan semata-mata sebaliknya mencari peluang lain bagi memperbaiki kehidupan ," katanya pada majlis penyerahan keahlian baharu Parti Amanah di Bakri malam ini.
Beliau berkata sebagai contoh apabila tidak ke laut nelayan kecil boleh mengusahakan tanah tebiar dengan aktiviti pertanian yang menambah punca pendapatan seperti mengusahakan tanaman nenas, sayur-sayuran dan sebagainya
Salahuddin berkata subsudi oleh kerajaan kekal namun apa yang akan kita lakukan adalah memperkayakan lagi subsudi yang diberikan oleh kerajaan dalam mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik daripada sebelumnya.
"Kalau kita lihat, negara maju pun turut memberi subsudi kepada sektor pertanian , tetapi pergerakan petani daripada golongan miskin kepada jutawan..,itu yang kita nak jadikan contoh agar mereka tidak kekal berada dalam garis kemiskinan," katanya.
Beliau berkata dalam jangka masa panjang , pihaknya akan mengkaji Dasar Agro Makanan yang akan tamat pada 2010 supaya sektor pertanian dapat meningkatkan pendapatan golongan tani.
Sementara itu, beliau berkata jumlah penyertaan ahli Parti Amanah Negara (PAN) telah meningkat sebanyak 200 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mula mengambil alih pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Sebelum ini jumlah keahlian baharu parti Amanah hanya lebih kurang 1,000 keahlian sebulan namum pada bulan ini jumlah ahli baharu meningkat hampir kepada 6,000 orang dengan jumlah keseluruhan hampir 100,000 orang seluruh negara," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#joran
#Menteri Pertanian
#nelayan
#nelayan kecil
#petani
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan