MALAYSIA

Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan

Madiha Abdullah 26/08/2015 | 06:25 MYT
ABDUL RAHMAN: Negara dan rakyat perlu masa untuk bertenang dan memikirkan cara untuk memulihkan ekonomi. -Gambar fail
Kerajaan akan tetap berdiri teguh selepas Bersih, namun sebaliknya tempias daripada perhimpunan itu akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

Pandangan itu disuarakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi akaun Twitternya hari ini yang bimbang jika penganjuran perhimpunan Bersih hujung minggu ini hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malah, menurutnya, jika nilai ringgit semakin merosot selepas itu, ramai yang akan menanggung akibatnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, mengkritik penganjur perhimpunan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak ambil endah akan situasi semasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Abdul Rahman juga meminta agar Bersih 4.0 ditangguhkan ke masa lain kerana negara dan rakyat perlu masa untuk bertenang dan mencari jalan untuk memulihkan situasi ekonomi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini di sekitar pusat bandar raya dan Dataran Merdeka.

Penganjur perhimpunan itu bertekad meneruskannya sepertimana dirancang, walaupun permohonan bagi mendapatkan permit ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjur Bersih 4.0 juga menolak cadangan DBKL untuk menunda perhimpunan itu ke hujung minggu berikutnya, serta perubahan ke lokasi lain.

Polis dalam pada itu mengeluarkan amaran bahawa peserta perhimpunan Bersih 4.0 bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mereka tetap mahu berhimpun.

#Abdul Rahman Dahlan #Bersih 4.0 #Menteri Kesejahteraan Bandar #Perumahan dan Kerajaan Tempatan