awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tubuhkan agensi kanak-kanak - Hannah Yeoh

Bernama
Bernama
11/05/2019
05:18 MYT
Kerajaan akan tubuhkan agensi kanak-kanak - Hannah Yeoh
Isu-isu berkaitan kanak-kanak akan ditangani di bawah agensi khas - Hannah Yeoh. Foto BERNAMA
Kerajaan bercadang menubuhkan agensi kanak-kanak untuk melihat isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
Beliau berkata pada masa ini terdapat Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ia dibebani dengan pelbagai tanggungjawab.
"Sekarang kami sedang mengkaji untuk mewujudkan agensi kanak-kanak kerana kami benar-benar memerlukan agensi sendiri untuk melihat semua, isu perlindungan kanak-kanak dan hak kanak-kanak. JKM tidak dapat menampung beban kerja sekarang," katanya kepada pemberita sempena program tinjauan mesra Hari Ibu di Taman Tasik Menjalara di sini hari ini. .
Yeoh bagaimanapun berkata keseluruhan proses untuk menubuhkan agensi sedemikian akan mengambil masa.
Untuk mengukuhkan perlindungan bagi kanak-kanak, negara juga akan melihat pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak lama lagi, katanya.
"Semua proses telah selesai dan kami sedang menunggu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumumkan pelantikan itu. Senarai calon juga telah dihantar," katanya.
Yeoh yang juga Anggota Parlimen Segambut berkata pesuruhjaya itu akan mengkaji undang-undang melibatkan Akta Kanak-Kanak.
"Pelantikan pesuruhjaya itu adalah di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan bukan Parlimen, kerana strukturnya sudah ada," katanya.
Dalam perkembangan lain, Yeoh juga menggesa ibu bapa supaya tidak mengetepikan sebarang keterangan anak-anak mereka sekiranya berlaku kejadian jenayah terhadap mereka.
"Telah dibuktikan bahawa orang yang paling dekat dengan kanak-kanak boleh membahayakan mereka kerana mereka mempunyai akses. Ibu bapa harus memainkan peranan awal untuk mempercayai anak-anak, mengajar mereka tentang sentuhan yang selamat dan sentuhan tidak selamat sejak kecil dan melayan anak mereka dengan betul," katanya.
Terdahulu, Yeoh dan pasukannya mengedarkan bunga teluki kepada pengunjung taman itu sempena sambutan Hari Ibu yang akan diraikan esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi
#Hannah Yeoh
#Kanak-kanak
#keluarga
#kerajaan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan