awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Sadio Mane pastikan Mo Salah terlepas ke final
AKPS gagalkan cubaan seludup 2,000kg daging babi di Bukit Kayu Hitam
Kemunculan semula KJ curi tumpuan di Perhimpunan Pemuda UMNO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tuntut semula tanah RTS - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/05/2019
11:38 MYT
Kerajaan akan tuntut semula tanah RTS - Tun Mahathir
Jelasnya, kerajaan juga tidak mendapat sebarang maklumat tentang pembayaran tanah berkenaan selain belum memutskan status projek itu sendiri. - Gambar fail
Kerajaan akan menuntut semula tanah untuk projek Sistem Transit Rapid (RTS) seandainya ada proses pengambilalihan dari mana-mana pihak yang tidak melalui proses pemilikan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya setakat ini masih belum mendapat laporan penuh dan mengakui hanya mendengar khabar angin ia diambil oleh pihak Istana Johor.
Jelasnya, kerajaan juga tidak mendapat sebarang maklumat tentang pembayaran tanah berkenaan selain belum memutskan status projek itu sendiri.
"RTS kita setuju ambil masa enam bulan untuk kaji semula sama ada kita akan teruskan atau buat cadangan-cadangan lain.
"Apa yang jelas RTS tidak selesaikan masalah hadapi antara traffic Singapura dan Malaysia," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, sebuah portal yang memetik sumber melaporkan isu mengenai sebuah plot tanah yang berkait dengan pembinaan laluan kereta api sepanjang empat kilometer antara Johor Bahru dan Singapura dikhuatiri yang akan memanjangkan lagi pertelagahan antara Putrajaya dan Istana Johor.
Ini susulan penemuan satu daripada lima plot tanah untuk projek Sistem Transit Rapid (RTS) dipindahkan kepada Sultan Johor.
Dokumen yang dilihat sumber itu antara lain menyatakan perubahan hak milik tanah untuk plot seluas 4.5 hektar itu berlaku bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Singapura
#Sistem Transit Rapid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan