awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan tembak individu di kaki ketika tangkapan di Minneapolis
Terbuka India: Fei-Din berdepan detik cemas sebelum mara
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS gagalkan cubaan seludup 2,000kg daging babi di Bukit Kayu Hitam

Bernama
Bernama
15/01/2026
01:40 MYT
AKPS gagalkan cubaan seludup 2,000kg daging babi di Bukit Kayu Hitam
Pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan kargo kira-kira jam 6.30 pagi membawa kepada penemuan muatan tidak sah itu, yang dianggarkan bernilai RM66,000. - Foto AKPS Bukit Kayu Hitam
ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk daging babi jenis karkas seberat 2,000 kilogram (kg) tanpa dokumen import sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan kargo kira-kira jam 6.30 pagi membawa kepada penemuan muatan tidak sah itu, yang dianggarkan bernilai RM66,000.
"Pengimportan daging babi dari Thailand dilarang sepenuhnya susulan ancaman penyakit African Swine Fever (ASF)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728 - MAQIS).
Sementara itu, Mohd Nasarudin berkata AKPS pada hari yang sama menolak kemasukan sembilan warga asing di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam atas pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak dibenarkan masuk melalui laluan darat, disyaki bukan pelancong tulen serta tersenarai dalam senarai syak jabatan.
Menurutnya, tindakan itu dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua individu terlibat diarahkan berpatah balik melalui Thailand untuk pulang ke negara asal masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daging babi
#AKPS
#Bukit Kayu Hitam
#African Swine Fever
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan