KUALA LUMPUR:Kerajaan komited mengambil kira pelbagai strategi yang lebih jelas untuk memulih dan menjana semula ekonomi negara yang terkesan disebabkan COVID-19 menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha itu juga bagi menangani isu struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan.
"Kini, penyediaan RMK-12 sedang berada dalam peringkat akhir dan akan dibentangkan pada awal tahun depan.
"Antara bidang utama yang akan diberi tumpuan di dalam RMK-12 meliputi revolusi perindustrian keempat, ekonomi digital, perusahaan kecil dan sederhana; pembangunan inklusif, kemiskinan, pembangunan bandar dan luar bandar, serta penjagaan kesihatan; dan ekonomi hijau, ekonomi kitaran serta perubahan iklim," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, kerajaan yakin bahawa meneruskan projek-projek kesalinghubungan infra rakyat seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dapat merancakkan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan domestik dalam masa terdekat.
Selain itu, kata beliau, manfaat yang diharapkan termasuk merangsang serta memulihkan ekonomi yang komprehensif dengan menyediakan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini, meningkatkan pendapatan rakyat dan membantu perniagaan.
"Projek-projek infrastruktur ini akan memberikan kesan pengganda (multiplier effect) yang positif kepada ekonomi negara.
"Selain itu, ia turut merangsang industri tertentu seperti pelancongan dan hartanah, sekali gus mengangkat tahap kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya," jelas beliau.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020

Mustapa berkata, usaha itu bagi menangani isu struktur ekonomi untuk memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan. - Gambar fail/Astro AWANI

Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.

Ringkasan Global: Adaptasi digitalisasi, realiti sebenar industri

COVID-19: Tiga kemungkinan mereka yang disuntik masih dijangkiti - Pakar
Paling utama, kata Prof Emeritus Dr PT Thomas, ada kemungkinan vaksin yang disuntik kepada penerima itu adalah tidak efektif.

Politik Tempatan | UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

PKP2.0 | Dua bot Vietnam ditahan
Helah dua buat bot nelayan asing yang cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran paslu gagal selepas diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM). Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, dua bot berkenaan ditahan KM Langkawi ketika melakukan rondaan di perairan negara.

PKP2.0 | Kawasan tumpuan, pelancongan Pasir Puteh ditutup
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Kelantan, beberapa kawasan tumpuan dan pelancongan di jajahan Pasir Puteh ditutup. Menurut Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Abdul Wahab, papan tanda amaran dipasang di pusat peranginan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai dan pusat peranginan.

PdPR | NUTP sokong cadangan saluran khas televisyen
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan ibu bapa yang mahu Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan satu saluran khas pendidikan di televisyen yang boleh diakses murid daripada setiap golongan pendapatan. Langkah itu juga dilihat sebagai satu kaedah yang tepat untuk memperluas dan memperkasakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dipercayai bakal memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar. Untuk mengulas lanjut kita bersama Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock.

Isu Air Sabah | Pengurusan air lebih cekap di Sabah
Sebelum ini sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah dilaporkan mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih. Malah berdasarkan laporan, Sabah mempunyai 84 Loji Rawatan Air dan 22 daripadanya dikenal pasti mengalami masalah yang teruk sehingga tidak mampu membekalkan air kepada orang ramai. Untuk memahami kaedah pengurusan air yang lebih cekap di Sabah kita bersama Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir Dr Zaki Zainudin.

PdPR | Empat beradik bergilir guna satu telefon untuk ikuti kelas
Empat beradik berkongsi satu telefon pintar. Itu realiti dihadapi anak nelayan, Nurul Natasha Najwa, Nurul Natasha Najihah, Nurul Natasha Nazirah dan Erra Shazira Md Napiah berusia 11 hingga 15 tahun semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula 20 Januari lepas.

AWANI Ringkas: Tambah baik prasarana pendidikan negara | Rombak UMNO atau berdepan lumpuh parti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Mustapa Mohamed sembuh COVID-19, dibenar keluar hospital
Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh COVID-19

Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19, jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh
Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

Individu hadir Mesyuarat Kabinet, Bersatu perlu dikuarantin - Najib
Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, tindakan perlu diambil tanpa wujud 'double-standards' bagi mengelakkan berlaku Kluster Kabinet.

Dari katil rawatan COVID-19, ini rayuan Tok Pa
Mustapa berkata, ketika ini, fokus utama adalah dengan menumpukan perhatian kepada rakyat yang dahagakan pertolongan.

Hamzah Zainudin positif COVID-19
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan dijangkiti COVID-19.

Semua menteri Kabinet jalani ujian saringan COVID-19, tiga positif
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada.

Mustapa Mohamed positif COVID-19
Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia
Kerajaan tidak mendedahkan jumlah pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kerana Singapura belum menyerahkan tuntutan kepada Malaysia.

Jangan putar belit kenyataan Ahmad Maslan, dia tidak rujuk kes saya - Najib
Ahmad didakwa berkata tindakan PN meneruskan kezaliman kerajaan terdahulu sebagai tidak wajar, dan menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO.

Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib
Perikatan Nasional (PN) mahu kemampuan memilih secara langsung vendor untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tanpa sebarang penglibatan Singapura, kata Datuk Seri Naji