awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber

Bernama
Bernama
01/09/2022
21:15 MYT
Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber
Annuar berkata K-KOMM juga melihat teknologi yang terdapat di negara-negara lain dalam usaha mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kerajaan akan mengambil langkah ofensif, defensif serta advokasi dalam usaha menangani masalah keselamatan siber negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata selain penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) turut menubuhkan satu pasukan petugas untuk memperincikan perakuan-perakuan baharu terutama berkaitan undang-undang.
"Kita telah memutuskan untuk membentuk satu pasukan petugas untuk memperincikan perakuan-perakuan baharu termasuk apa yang perlu dilakukan dengan kerangka undang-undang sedia ada dan memperbaiki perundangan.
"Yang kedua menyemak semua kadar denda supaya setimpal dengan kesalahan dan ketiga, menyediakan satu pusat di mana orang yang menjadi mangsa cepat dapat buat rujukan (jika ditipu)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Taklimat Telekomunikasi Bersama Pengguna Negeri Melaka di sini malam tadi.
Seramai 30 individu dilantik menjadi Pengerusi PEDi yang akan merangka pelbagai program di pusat jalur lebar berkenaan agar ia memberi manfaat kepada komuniti setempat terutama berkaitan pendidikan keselamatan siber negara serta pembangunan ekonomi berteraskan digital.
Mengulas lanjut, Annuar berkata K-KOMM juga melihat teknologi yang terdapat di negara-negara lain dalam usaha mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa.
"Kementerian Kewangan dan jawatankuasa peringkat nasional telah bersetuju supaya kerajaan beri keutamaan termasuk keperluan bajet kerana kita rasa kita perlu guna teknologi yang sesuai untuk atasi masalah ini, termasuk juga di peringkat kerjasama antara negara.
Saya sedang berkomunikasi dengan rakan sejawat di negara-negara yang bersempadan dengan kita terutamanya ASEAN juga kerana masalah perkongsian data rentas sempadan adalah antara perkara-perkara yang perlu dilihat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#keselamatan siber
#pasukan petugas
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan