awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bakal umum tarif baharu elektrik minggu ini

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/12/2020
02:40 MYT
Kerajaan bakal umum tarif baharu elektrik minggu ini
Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. -Astro AWANI
PUTRAJAYA:Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Begitupun, beliau tidak memberitahu tarikh tepat dan hanya memberi bayangan akan mengumumkannya sebelum Krismas.
“Tarif elektrik kita akan umumkan dalam minggu ini...minggu ini. Tunggu,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), di sini, pada Isnin.
Tambah beliau, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebelum ini dalam usaha untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat.
"Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun elektrik telah dinikmati 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung dengan peruntukan RM1.9 bilion," ujarnya.
Pengumuman tarif baru itu pasti ditunggu-tunggu rakyat yang pastinya berharap kadar tidak meningkat berikutan ramai terjejas akibat COVID-19.
Pada Jun lepas, kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik kekal tanpa sebarang surcaj bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.
Justeru, kadar surcaj sebanyak dua sen/kilowatt-jam (kWj) diturunkan kepada 0 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik, iaitu pengguna komersial dan industri.
Topic Berkaitan
#tarif elektrik
#Menteri Tenaga dan Sumber Asli
#Shamsul Anuar Nasarah
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#ketsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan