awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beli vaksin berjumlah RM2.05 bilion, kurang dari anggaran awal - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2020
12:00 MYT
Kerajaan beli vaksin berjumlah RM2.05 bilion, kurang dari anggaran awal - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata perbelanjaan pembelian vaksin itu jauh lebih rendah daripada anggaran pada awalnya kerana kerajaan berjaya mendapat harga pengeluar. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA:Kerajaan berjaya mengurangkan perbelanjaan pembelian vaksin sebanyak hampir RM1 billion daripada enam syarikat pengeluar vaksin COVID-19.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ia selepas komitmen kerajaan mengadakan rundingan terus dengan beberapa syarikat pengeluar dan berjaya membeli vaksin pada kos pengeluaran.
Malah, anggaran populasi rakyat yang bakal menerima vaksin sebelum ini sebanyak 70 peratus berjaya ditingkatkan kepada 82.8 peratus.
"Keseluruhan liputan vaksin proses akhir adalah 82.8 peratus daripada jumlah populasi negara Malaysia atau 26.5 juta rakyat. Kerajaan setakat ini memberi komitmen belanja RM 2.05 bilion ini adalah untuk keseluruhan perjanjian bersama COVAX, Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan The Gamaleya Institute.
"Saya telah memohon dari Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) sebelum ini berilah anggaran harga kita (kerajaan), pada waktu itu kita perlukan RM3 billion untuk 70 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, tetapi sukacita (kini) kita dapat 82.8 peratus dengan komitmen harga RM2.05 billion," katanya.
Komitmen itu jelas Khairy, membuktikan bahawa kerajaan mahukan vaksin serta harga yang terbaik sebelum sebarang pembelian dibuat.
Lebih penting tambahnya, setiap dos vaksin yang dibeli selamat dan mengikut piawaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun jelas Khairy, lebihan kewangan itu boleh digunakan untuk membeli vaksin tambahan jika berlaku situasi diluar jangka.
Topic Berkaitan
#KKM
#Khairy Jamaluddin
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#MOSTI
#KKMM
#Dana vaksin
#Kumpulan Wang Amanah Khas COVID-19
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan