Kerajaan belum membuat sebarang kata putus mengenai cadangan sama ada untuk mengurangkan atau menghapuskan kadar tol di negara ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, walaupun usaha menghapuskan tol adalah antara kandungan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini, namun ia dilihat akan menambah tanggungan kerajaan.
Pada masa sama, katanya, pandangan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa kadar tol mampu dikurangkan sehingga 25 peratus adalah pendapat peribadi beliau.
“Itu pendapat Tun Daim. Namun kita belum kaji macam mana nak turunkan tol kepada 25 peratus sahaja. Saya tak tahu banyak mana yang boleh kita kutip.
"Kita sekarang ini menghadapi masalah walaupun kita buat perjanjian untuk menghapuskan tol. Tetapi apabila tol dihapuskan, maka tanggungan kerajaan akan meningkat amat tinggi sekali,” katanya.
BACA: 'Harga barang boleh turun, kadar tol pula boleh turun 25 peratus' - Tun Daim
Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kompleks Kementerian Kewangan di sini pada Isnin.
Tun Daim semasa mendedahkan serba sedikit kajiannya dalam dua siri wawancara eksklusif ‘Perspektif Tun Daim’ dengan Astro AWANI berkata, kerajaan berupaya menurunkan kadar tol sehingga 25 peratus dan ia terpulang jika kerajaan mahu turunkan.
Tun Dr. Mahathir berkata, peruntukan kos yang terpaksa dibayar kerajaan untuk menghapuskan tol misalnya sepatutnya dibelanjakan untuk membayar hutang kerajaan.
“Umpamanya kalau nak hapus tol PLUS, kerajaan kena beli lebuh raya itu pada harga RM30 bilion. RM30 bilion itu baik kita belanja bayar hutang dan boleh kurangkan beban kita. Jadi pada masa ini belum kita dapat tentukan apa yang kita dapat lakukan berkenaan dengan tol,” tambahnya.
Bagaimanapun beliau mengakui menerima cadangan dari pihak swasta mengenai usaha mengurangkan kadar tol.
“Memang ada cadangan pihak swasta untuk mengurangkan kadar tol, tapi tak sampai 25 peratus. Namun ini belum diputuskan kerajaan.
“Memang benar kalau kita dapat kurang tol, rakyat akan lega tak kena bayar tol. Tetapi kerajaan akan berasa tak lega dan tol itu akan dibayar oleh kerajaan,” ujarnya.
Rahimah Abdullah
Mon May 27 2019
Tun Mahathir Mohamad beramah mesra bersama wakil negeri sebelum mempengerusi mesyuarat Majlis Kewangan Negara untuk tahun 2019. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kerajaan perlu membela, bukan bebankan rakyat'
Menurutnya, kerajaan wajib membela rakyat dan sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa membebankan golongan itu.
Kerajaan belum ada keputusan mengenai isu kadar tol
Walaupun usaha menghapuskan tol adalah antara kandungan manifesto Pakatan Harapan sebelum ini, namun ia dilihat akan menambah tanggungan kerajaan.