awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum dimaklum sama ada moratorium bauksit disambung

Bernama
Bernama
25/03/2017
22:53 MYT
Kerajaan belum dimaklum sama ada moratorium bauksit disambung
Setakat ini aktiviti pemindahan bauksit dari kawasan penyimpanan dijangka dilakukan sehingga hujung bulan ini. - Gambar fail
Kerajaan Pahang masih belum dimaklumkan sama ada tempoh moratorium perlombongan bauksit yang dijadual berakhir 31 Mac ini akan disambung atau sebaliknya, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Beliau berkata setakat ini aktiviti pemindahan bauksit dari kawasan penyimpanan dijangka dilakukan sehingga hujung bulan ini dan dipantau agensi dan jabatan berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar bagi mengelak masalah pencemaran berulang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan logo Kejohanan Catur Terbuka 2017 Piala Tengku Mahkota Pahang di sini, pada Sabtu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan awal bulan ini membayangkan kemungkinan tempoh moratorium akan disambung lagi selepas 31 Mac ini.
Ia berikutan pihak kementerian mendapati lumpur merah dari kawasan simpanan bauksit masih mengalir ke kawasan berdekatan Pelabuhan Kuantan terutama pada musim hujan.
Wan Junaidi berkata keputusan untuk menyambung moratorium itu bergantung kepada keputusan Kabinet.
Untuk rekod, moratorium perlombongan bauksit bermula pada 15 Jan tahun lalu telahpun dilanjutkan beberapa kali dengan yang terakhir bakal tamat pada hujung bulan ini.
Sementara itu Muhammad Safian menafikan dakwaan tentang kemungkinan berlaku kegiatan penggalian baharu berikutan beberapa batang jalan raya terdapat kesan pencemaran bauksit ekoran kegiatan pengangkutan bahan mineral tersebut.
"Sehingga kini tiada sebarang aktiviti penggalian baharu dan hanya untuk menghabiskan stok menggunakan permit sedia ada sahaja.
"Pemindahan dibuat dari tempat pengumpulan ke kawasan pelabuhan dan kebarangkalian berlakunya ketirisan sisa galian tersebut dari lori pemunggah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bauksit
#Jabatan Alam Sekitar
#kabinet
#Pahang
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan