KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak tumbang dengan hanya kenyataan media penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen susulan perkara itu tidak boleh dibuktikan secara mutlak.
Sebaliknya, jika terdapat Ahli Parlimen yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dan membentangkan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyatakan mempunyai majoriti perkara itu mungkin menjadi sebaliknya.
Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, satu lagi cara ialah dengan pengundian usul percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat bagi membukti keabsahan Perdana Menteri.
“Banyak kenyataan-kenyataan media yang mana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berikan kenyataan bahawa mereka telah menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengatakan terdapat lapan atau jumlah lain yang lebih banyak daripada itu telah menarik sokongan.
“Saya ingin memahamkan begini, jika kita lihat kenyataan media yang menarik sokongan itu belum lagi bermaksud kerajaan telah jatuh.
"Ini kita kena faham kerana menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, ia mengatakan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri mesti meletak jawatan atau memohon untuk bubar Parlimen.
“Dalam konteks ini, kita lihat yang disebut ialah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan kita lihat sejarah menunjukkan beberapa kes mahkamah yang membuat keputusan bahawa ujian tahap kepercayaan sama ada Perdana Menteri ada majoriti ataupun tidak, mesti dibuat dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh dibuat di luar dewan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai polemik politik negara susulan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO diketuai Ahmad Zahid, baru-baru ini.
Mengulas lanjut Yusfarizal berkata, rujukan tafsiran boleh dilihat dalam kes di Perak berkaitan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2010.
Katanya, kes tersebut berkaitan konflik politik yang berlaku pada tahun 2009 di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Dalam kes itu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa tidak semestinya hilang sokongan majoriti ini dibuktikan di Dewan melalui usul undi tidak percaya, tetapi boleh juga berlaku di luar dewan dengan syarat ada pihak lain yang menghadap Baginda Tuanku untuk menunjukkan mempunyai majoriti.
“Dalam situasi hari ini, tidak ada satu pihak lagi yang pergi menghadap Agong mengatakan 'mempunyai majoriti' dan memberikan bukti-bukti dan sebab itu Perdana Menteri telah mencadangkan kepada Baginda Agong untuk mengemukakan usul undi percaya bagi menguji tahap kepercayaan.
Tambah Yusfarizal, sehingga kini tiada individu atau pihak yang pergi menghadap Seri Paduka Baginda dan menyatakan mempunyai majoriti serta memberikan bukti.
Ditanya jika terdapat Ahli Parlimen yang menandatangani dua Surat Akuan Bersumpah (SD) dan dipersembahkan kepada Baginda, Yusfarizal menjelaskan perkara itu akan terserah kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.
“Ini juga berlaku pada Februari 2020 di mana Tun Mahathir letak jawatan. Maka ini juga yang dilakukan Agong apabila memanggil kesemua ahli Dewan Rakyat untuk bertanyakan mata ke mata - 'siapakah yang kamu sokong, siapakah yang kamu percaya', lantas baginda membuat keputusan berdasarkan temuramah tersebut siapa sebenarnya ada majoriti.
“Jadi ini terpulang kepada kebijaksaan Agong. Saya rasa ini yang Baginda Tuanku akan lakukan sekiranya dipersembahkan dengan Surat Akuan Bersumpah (SD) oleh mereka yang mendakwa ada majoriti,” jelas beliau.
Afiezy Azaman
Fri Aug 06 2021
Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, satu lagi cara ialah dengan pengundian Usul Percaya atau Tidak Percaya di Dewan Rakyat bagi membukti keabsahan Perdana Menteri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.