Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 November 2025.
Segala perbuatan yang berpotensi memecah belahkan perpaduan serta hubungan harmoni antara kaum di negara ini wajib ditentang secara tegas, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap segelintir bekas pemimpin yang tampil sebagai ‘wira rakyat’ menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah.
Kesemua calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menandatangani surat aku janji serta bon perjanjian bernilai RM10 juta sebagai jaminan bahawa mereka tidak akan membelot parti jika menang kelak.
Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Bahrain yang berakhir malam tadi, membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Persekutuan tidak menafikan hak Sabah berhubung tuntutan 40 peratus hasil cukai, malah menyalurkan lebih banyak dana untuk pembangunan negeri itu.
Institusi pengajian tinggi tidak seharusnya dijadikan sebagai platform berpolitik kerana institusi itu ialah tempat bagi mencari ilmu dan bukannya medan untuk menabur fitnah, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Barisan Nasional (BN) Sabah akan bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini.
Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 28 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 sebagai langkah memperkukuh kedudukan parti dalam landskap politik negara.
Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dua Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Jamawi Jaafar dan George Hiew masing-masing bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap serta Karamunting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


