MALAYSIA
Kerajaan beri jaminan sentiasa pantau harga makanan pasca peluasan SST - Lim

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pemantauan berterusan itu akan dilakukan oleh KPDN dari semasa ke semasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutamanya makanan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa bulan ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan komited memantau harga barangan asas bagi mengawal kos sara hidup susulan peluasan SST yang berkuat kuasa bulan ini.
- Inflasi makanan dicatat pada 2.1% (Jun) dan 2.4% (JanuariJun 2025), lebih tinggi daripada kadar inflasi nasional iaitu 1.1%.
- KPDN akan turun padang secara berkala untuk memastikan peluasan SST tidak mengakibatkan kenaikan harga barangan terutama makanan asas.
"Apabila melaksanakan pengembangan SST, kita memang sudah sedia dengan kesan makanan atau kos sara hidup naik, tapi KPDN akan (sentiasa) turun ke padang untuk memantau harga.
"Ini disebabkan sasaran pengembangan itu (adalah) kita tidak mahu harga barangan, terutamanya makanan asas dinaikkan. Kita berjanji untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa supaya kos sara hidup masih kekal dan tidak ada kenaikan, terutama harga makanan asas," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Lim menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai usaha kerajaan dalam menurunkan inflasi makanan, termasuk kesan pengembangan SST terhadap usaha kawalan harga makanan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami