awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bersetuju laksana VOP

Bernama
Bernama
13/07/2024
12:38 MYT
Kerajaan bersetuju laksana VOP
Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap ketika merasmikan Konvensyen Kontraktor G1 Negeri Pahang hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan bersetuju secara dasarnya untuk melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel sekali gus memastikan projek siap tepat pada masanya.

Ringkasan AI
  • Kerajaan setuju secara prinsip untuk melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor menghadapi kenaikan harga barangan binaan.
  • Perbincangan antara Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR), dan CIDB sedang berlangsung untuk melaksanakan VOP.
  • Bahan binaan yang termasuk dalam VOP akan ditambah jika kenaikan harga dapat dijustifikasikan dan disahkan oleh CIDB.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata keputusan yang diambil bagi meringankan beban kontraktor itu, sedang dalam proses perbincangan antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
"Perbincangan dah bermula, insya-Allah...kita baru ada perbincangan minggu lepas, jadi bagi masa sikitlah. Kita faham semasa kita buat penyasaran subsidi diesel, mungkin ada sedikit kenaikan yang dirasakan oleh kontraktor untuk kos sedia ada.
"Bagi kontrak kerajaan, MOF sedang berbincang dengan KKR dan CIDB, kita akan perhalusi pelarasan VOP untuk diberi kepada kontrak yang sedia ada," katanya selepas merasmikan Konvensyen Transformasi G1: Cabaran Dan Hala Tuju Kontraktor G1 Dalam Menghadapi Era Masa Kini di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menambahkan lagi bahan binaan yang termasuk dalam pelaksanaan VOP, Amir Hamzah berkata: "Kerajaan pada dasarnya, kalau kita nampak ada kenaikan yang boleh dijustifikasikan, kita akan bagi VOP tetapi perlu diperhalusi dan disahkan dengan CIDB.
"Kita tengok mana-mana bahan yang boleh dijustifikasikan. Kenapa ada kenaikan dan kalau ada kenaikan kita tengok kesan pada kontrak, kita tengok macam mana."
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berharap VOP dapat dikembalikan semula bagi mengimbangi kenaikan kos binaan sekitar 30 peratus susulan tindakan memperkenalkan subsidi diesel bersasar.
Ini kerana, kali terakhir kerajaan menambah 11 jenis bahan binaan dalam senarai VOP ialah pada 2022, antaranya simen, batu-bata dan dinding, kaca, batu baur, bahan siling serta bahan bumbung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VOP
#Syarat Perubahan Harga
#Kementerian Kewangan
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan