KOTA BHARU: Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu berkenaan turut berkaitan dengan kenaikan kos harga bahan binaan kerana ketika ini terdapat beberapa keluaran barangan sahaja dipersetujui oleh kerajaan untuk kenaikan harga.
"Kementerian Kerja Raya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk memperluaskan lagi skop barangan yang akan dipersetujui untuk kenaikan harga, sekali gus dapat menyelesaikan perkara yang sedang berlaku ketika ini dalam kalangan kontraktor Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog mengenai Isu Ekonomi Semasa bersama Pihak Industri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, di sini ,hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Makro, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Datuk Nor Azmie Diron.
Kelmarin, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
BACA: Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Beliau berkata kekurangan projek susulan situasi pandemik COVID-19 juga menjejaskan kebanyakan kontraktor selain tidak mempunyai baki akaun modal yang mencukupi mengikut kelas kontraktor masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) menjawab pertanyaan para peserta sempena Sesi Dialog Mengenai Isu Ekonomi Semasa Bersama Pihak Industri dan NGO di Kelantan, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
ECRL: Wujudkan 20 peratus kuota khas untuk kontraktor Bumiputera
Terdapat kira-kira 42,000 kontraktor Bumiputera yang berkepakaran dan berkemahiran tinggi untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek tersebut.