KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan golongan gelandangan tidak tercicir dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya masih merangka mekanisme tersebut termasuk kepada kumpulan pelarian dan pekerja asing tidak berdokumen.
"Kita masih merangka strategi untuk gelandangan, pelarian, serta pekerja asing tidak berdokumen.
"Saya akan ada mesyuarat contohnya pada minggu ini dengan agensi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apakah kaedah terbaik untuk golongan pelarian.
"Mungkin saya akan coordinate mesyuarat dengan DBKL untuk golongan gelandangan nanti," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PSV) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Turut hadir Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Profesor Dr Nazirah Hasnan.
Berhubung dengan negeri-negeri yang mencatatkan jumlah di bawah 5,000 orang yang divaksinasi, Khairy berkata pihaknya dan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa mengadakan sesi libat urus bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap negeri.
"Saya difahamkan semalam Dr Adham juga mengadakan satu sesi bersama pengarah-pengarah kesihatan negeri untuk mengetahui apakah masalah yang dihadapi di lapangan.
"Sesetengah isu telah pun diselesaikan, dan Insya-Allah purata (individu yang divaksin) akan meningkat pada minggu ini dan minggu depan," jelas Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Sementara itu, Khairy juga memaklumkan golongan muda yang mengalami masalah kronik atau dalam kategori berisiko tinggi tergolong dalam fasa kedua PICK.
Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi PICK setakat 8 Mac 2021.
Daripada jumlah tersebut, empat negeri masing-masing Melaka, Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah di bawah 5,000 orang penerima.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 09 2021
Khairy sewaktu membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PSV) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.