KUALA LUMPUR: Secara umumnya, pembentukan sebuah kerajaan dan pelantikan seorang Perdana Menteri adalah berdasarkan sokongan majoriti yang diperolehi daripada ahli Dewan Negara.
Bagaimanapun, hilangnya majoriti atau sokongan yang boleh membawa implikasi kejatuhan kerajaan, tidak semudah yang disangka.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, ia tidak boleh sekadar menyatakannya dalam media sebaliknya perlu dibuktikan dalam bentuk dokumentasi.
"Sebelum ini pernah terjadi, ada beberapa Ahli Parlimen yang menyatakan menarik balik sokongan tetapi hanya membuat kenyataan kepada media tanpa ada dokumen yang sah.
"Dokumentasi ini perlu kerana ia akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda kemudian akan menitahkan Perdana Menteri menghadap untuk membuktikan beliau masih ada kepercayaan atau tidak.
"Selepas itu barulah bermula proses lain iaitu menentukan secara dokumentasi yang beliau sudah hilang kepercayaan. Perdana Menteri kemudian akan diberi pilihan di bawah Perkara 43 sama ada meletak jawatan atau menyerahkan kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen.
"Jika baginda tidak mahu membubarkan Parlimen, baginda perlu melantik seorang Perdana Menteri baharu," kata pakar Perlembagaan itu ketika ditemubual dalam Buletin AWANI.
Namun dalam situasi darurat yang diisytiharkan untuk mengawal penular COVID-19, Shamrahayu berkata, YDPA boleh membuat proklamasi darurat yang berbeza jika baginda tidak berkenan pilihan raya umum diadakan ketika ini.
"Pilihan Raya Umum (PRU) itu satu soalan besar kerana kita kena lihat juga, adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk mengadakan PRU dalam keadaan pandemik belum dapat dikawal.
"Kalau mengambil kira Perkara 43 itu, PRU perlu dilaksanakan jika terbukti secara dokumentasi bahawa Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan.
"Tetapi jika YDPA tidak berkenan PRU dibuat dalam keadaan sekarang, satu proklamasi darurat yang lain perlu diisytiharkan," katanya.
Madiha Abdullah
Mon Mar 29 2021
Hilangnya majoriti atau sokongan yang boleh membawa implikasi kejatuhan kerajaan, tidak semudah yang disangka. - Gambar fail
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.