KUALA LUMPUR: Kerajaan telah melaksanakan kajian kebolehsanaan terhadap cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan yang berkemampuan termasuk kumpulan M40 dan T20.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana terdapat ramai pelajar yang berkelayakan dari segi akademik untuk memasuki MRSM, tetapi tidak diterima disebabkan kadar pendapatan ibu bapa, yang mana salah satu syarat kemasukan ialah mengutamakan kumpulan B40.
Jelas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, permintaan memasuki MRSM turut berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan ia perlu diatasi dengan kaedah 'tanpa kotak'.
"Saya ingin menyebutkan juga bahawa terdapat terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM, yang telah jadi ibu bapa dan mahu anak-anak mereka masuk ke MRSM tetapi sebagaimana disebutkan, 'bracket' pendapatan tidak membolehkan anak-anak mereka layak (memasuki MRSM).
"Oleh demikian tanpa berkompromi dari segi kualiti, tanpa berkompromi dari segi kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya kepada anak alumni untuk memasuki MRSM yang sedia ada, dan apatah lagi berkemampuan membawa anak-anak mereka untuk memasuki MRSM yang akan diwujudkan secara berbayar ini," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Abdul Rahman (PH-Muar) yang ingin mengetahui mengenai proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar serta proses pemilihan pelajar bagi kemasukan ke sekolah berkenaan.
Menjawab lanjut, Ahmad Zahid (BN-Bagan Datuk) berkata pembinaan MRSM berbayar kelak tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan, sebaliknya melibatkan private finance initiative (PFI), selain bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menggunakan tanah rakyat miskin untuk mendirikan MRSM berbayar, tetapi akan bekerjasama dengan beberapa pihak yang boleh menggunakan smart partnership bagi tujuan pembinaan.
"Kedua mengenai kos yang tersembunyi, saya akan bertemu dengan pengerusi-pengerusi muafakat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MRSM masing-masing, kita mencari jalan terbaik agar anak-anak kumpulan B40 tidak terbeban (dengan kos).
"Jadi kita akan lakukan yang berbeza kali ini," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datu Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.
Menurut beliau, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperolehinya daripada ramai pihak.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 23 2023

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, permintaan memasuki MRSM turut berada di tahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan dan ia perlu diatasi dengan kaedah 'tanpa kotak' - Foto fail/BERNAMA

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.

Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran
TVET perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali 'menjejakkan kaki' ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.

Bagan Datuk bakal terima pelaburan antaranya dari China, Turki - Ahmad Zahid
Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.

Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Perkara itu akan disembah maklum kepada baginda Sultan Nazrin dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini
Jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk.

Zahid tegaskan sudah serik dengan Pas
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas